SEM9.gg
2 min readJan 11, 2022

CODM MYSG Invitational 2021 : SEM9 di Tempat ke-2

Click here to read in English

Setelah lama berehat panjang selepas kali terakhir beraksi di CODM World Championship 2021 — Garena Finals, SEM9 CODM telah dijemput untuk menyertai CODM : MYSG Invitational 2021. Antara pasukan lain yang telah dijemput ialah Yoodo RSG, Gaijin Rogue dan ALMGHTY.

Kejohanan jemputan ini diadakan selama sehari dengan menggunakan format “Playoffs” dan setiap pasukan yang tewas di Semifinals akan turun ke lower bracket. SEM9 memulakan saingan dengan langkah kiri apabila tewas tipis di tangan Gaijin Rogue 2–3.

Turun ke lower bracket, SEM9 terpaksa berdepan dengan seteru utama dari negara sendiri iaitu Yoodo RSG. SEM9 tidak menghadapi masalah besar apabila menang mudah ke atas Yoodo RSG dengan skor 3–1 untuk melayakkan diri ke Lower Bracker Final.

Di pentas Lower Bracket Final, SEM9 sekali lagi perlu menghadapi Gaijin Rogue jika ingin beraksi di Grand Finals. Kali ini, SEM9 berjaya menang ke atas Gaijin Rogue walaupun berhempas pulas hingga pusingan ke- 5 dengan skor 2–3.

Di Grand Final, SEM9 berdepan ALMGHTY yang datang dengan status pasukan yang belum pernah tewas di kejohanan jemputan ini. Keputusannya, SEM9 terpaksa akur apabila tewas ke atas pasukan gergasi Singapura itu dengan skor 3–1.

Penyertaan ini dianggap berjaya kerana SEM9 berjaya melangkah jauh hingga ke Grand Final. Kejohanan ini mampu menjadi persiapan terbaik sebelum menghadapi saingan di tahun 2022. Dalam kejohanan ini, SEM9 membawa pulang $750 USD apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-2.

SEM9.gg

SEM9 is a professional esports organization based in Malaysia competing at the highest levels in the Southeast Asian region in multiple major esports.