SEM9.gg
1 min readJan 28, 2022

--

PANDAPRO SEA CUP : SEM9.GANK MASIH DIGERUNI DI RANTAU INI

Click here to read in English

SEM9.GANK telah dijemput menyertai kejohanan Pandapro SEA Cup yang berlangsung pada 18 November 2021 hingga 21 November 2021. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari dan melibatkan 16 pasukan daripada Asia Tenggara.

SEM9.GANK merupakan 1 daripada wakil Malaysia yang bermain di Pandapro SEA Cup. SEM9.GANK memulakan hari pertama dengan baik apabila menamatkan saingan di tempat ke-2 keseluruhan. Dengan 1 WWCD di hari pertama berjaya membantu SEM9.GANK mengutip 64 mata.

Untuk saingan hari kedua dan ketiga, SEM9.GANK tidak mengutip sebarang WWCD namun berjaya berada di posisi pertama. Prestasi konsisten yang ditunjukkan pada 3 hari pertama membantu SEM9.GANK dan semua peminat yakin yang SEM9.GANK mampu mendapatkan gelaran juara.

Pada saingan hari terakhir, SEM9.GANK hanya mampu mengutip 34 mata dan telah dipintas oleh PUMAxCELEB ESPORT di saat akhir. Keputusannya, SEM9.GANK menamatkan saingan di tempat yang kedua.

SEM9.GANK membawa pulang $1000 USD dari kejohanan Pandapro SEA Cup. Pasukan ini masih menunjukkan taring di peringkat Asia Tenggara apabila mampu mengakhiri saingan di kedudukan terbaik walaupun sekadar pertandingan jemputan.

--

--

SEM9.gg

SEM9 is a professional esports organization based in Malaysia competing at the highest levels in the Southeast Asian region in multiple major esports.