SEM9.gg
2 min readJan 20, 2022

--

Pasukan Wild Rift : SEM9 Banggakan Malaysia di SEA EC 2021

Click here to read in English

SEA Esports Championship 2021 membuka tirai pada 6 Januari 2022 dan melibatkan 10 pasukan terbaik dari rantau Asia Tenggara. 10 pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan hanya tiga pasukan terbaik bagi setiap kumpulan akan bermain di playoff.

Untuk pengetahuan, setiap perlawanan di peringkat kumpulan menggunakan format BO2. SEM9 Wild Rift yang berada dalam kumpulan A memulakan perlawanan pertama mereka menentang Fennel Adversity dari Filipina. SEM9 hanya mampu seri dalam perlawanan tersebut dengan skor 1–1.

Di hari ketiga, SEM9 terpaksa bermain dua perlawanan berturut-turut menentang pasukan Dream Esports dari Brunei dan MBR Esports dari Indonesia untuk perlawanan kedua dan ketiga di peringkat kumpulan. SEM9 tidak mempunyai masalah menentang Dream Esports apabila menang dengan skor 2–0 tetapi tewas kepada MBR Esports dengan skor 0–2.

Pada perlawanan terakhir di peringkat kumpulan menentang Buriram United, SEM9 perlu menang jika berhasrat untuk melayakkan diri ke pusingan playoff. Untuk rekod, SEM9 belum pernah menang menentang pasukan dari Thailand itu dalam kesemua kejohanan sebelum ini. Tetapi, SEM9 berjaya menang dengan skor 0–2 ke atas gergasi Thailand itu dan berjaya layak ke playoff.

Di peringkat suku akhir, SEM9 berdepan dengan wakil Singapura iaitu Team XD dalam perlawanan BO5. SEM9 tidak berdepan masalah besar apabila menang mudah ke atas Team XD dengan skor 1–3 bagi melayakkan diri ke separuh akhir.

SEM9 sekali lagi perlu menghadapi cabaran Buriram United dalam kejohanan ini di peringkat separuh akhir. Walaupun SEM9 berjaya menang ke atas Buriram United di peringkat kumpulan, tetapi skrip yang sama tidak berlaku untuk pusingan separuh akhir ini apabila SEM9 tewas kepada Buriram United dengan skor 3–1.

Perjalanan SEM9 terhenti di sini tetapi ianya satu keputusan yang positif apabila SEM9 mampu berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik di rantau ini. SEM9 membawa pulang $2,500 USD apabila berkongsi tempat ketiga dan keempat dengan pasukan MBR Esports. Kejohanan ini juga telah dimenangi oleh SBTC Esports dari Vietnam apabila menewaskan Buriram United di perlawanan akhir.

--

--

SEM9.gg

SEM9 is a professional esports organization based in Malaysia competing at the highest levels in the Southeast Asian region in multiple major esports.