SEM9.gg
1 min readJan 28, 2022

--

5on5 OPEN SERIES : SEM9 WILD RIFT JUARA BUAT KALI KEDUA

Click here to read in English

Selepas menjuarai saingan di siri yang ketiga. SEM9 Wild Rift kembali menyertai 5on5 Open Series Presented by Yoodo Cup #5. Untuk siri kali ini, terdapat 8 buah pasukan yang mendaftarkan diri.

Wild Rift 5on5 Open Series menggunakan format BO1 di saingan Suku Akhir dan Separuh Akhir. Manakala di pusingan Akhir bermain dengan format BO2.

SEM9 memulakan siri ini dengan pusingan suku akhir, berdepan dengan pasukan RTZ ENVY. SEM9 tidak menghadapi masalah apabila menang ke atas RTZ ENVY dengan skor 0–1.

Pada pusingan Separuh Akhir, SEM9 berdepan dengan HellRaisers Esports dan berjaya menang ke atas pasukan tersebut. Hasil kemenangan tersebut, SEM9 berjaya mara ke pusingan Akhir.

Nasi Goreng United merupakan halangan terakhir kepada SEM9 untuk bergelar juara. Pada perlawanan tersebut, SEM9 berjaya menang dengan skor 2–0 di perlawanan akhir. SEM9 dilihat tidak menghadapi masalah besar dalam laluan untuk bergelar juara dalam siri ini apabila menang dalam semua pusingan.

SEM9 berjaya mengekalkan rekod bersih dalam 5on5 Open Series Presented by Yoodo Cup apabila berjaya menjadi juara dalam dua siri yang dianjurkan. Siri ini merupakan siri latihan bagi SEM9 sebelum memulakan cabaran untuk tahun 2022.

--

--

SEM9.gg

SEM9 is a professional esports organization based in Malaysia competing at the highest levels in the Southeast Asian region in multiple major esports.