SEM9.gg
2 min readJan 19, 2022

--

LOL Youth Esports Challenge 2021 : SEM9 Akur di Tempat Ketiga

Click here to read in English

League of Legends Youth Esports Challenge 2021 membuka tirai 3 Disember lalu di bawah anjuran SEGi University & Colleges Penang. Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada pasukan amatur dan profesional dari seluruh negara.

Setiap pasukan yang menyertai LOL Youth Esports Challenge 2021 dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan bermain di perlawanan Akhir.

SEM9 pada awalnya tidak menghadapi masalah besar untuk mara sehingga ke peringkat Separuh Akhir. SEM9 berjaya menewaskan Vengeance Gaming,Team Kimchi Delicious dan Last Minute dalam laluan untuk mara ke Separuh Akhir dengan skor 1–0 dalam semua perlawanan.

Namun, di peringkat Separuh Akhir, SEM9 dikejutkan oleh pasukan Expired Gaming apabila tewas 1–0 dan gagal layak ke perlawanan Akhir. SEM9 terpaksa akur apabila sekadar mendapat tempat ketiga apabila menang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Menurut kata pengurus pasukan League of Legends SEM9, Kent Ong, pasukan ini baru sahaja dibentuk dan memerlukan sedikit masa untuk memahami antara satu sama lain. Pengurus pasukan yang mesra disapa dengan nama Kent itu berkata, “Kami baru sahaja berpindah ke gaming house dan saya yakin dengan bermain bersama-sama ini dapat meningkatkan persefahaman antara kami.”

Semua pemain SEM9 League of Legends kini tinggal bersama-sama di gaming house untuk mempersiapkan pasukan menjalani PCS 2022. SEM9 akan menjadi wakil tunggal Malaysia di PCS 2022 nanti dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan pasukan melalui media sosial SEM9 di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

--

--

SEM9.gg

SEM9 is a professional esports organization based in Malaysia competing at the highest levels in the Southeast Asian region in multiple major esports.